Program Ikrar murid merupakan program tahunan yang diadakan khusus untuk semua murid tahap satu dan tahap dua, SKBB2. Program ini diadakan untuk memupuk rasa cinta dan sayang terhadap sekolah, guru-guru dan ibu bapa.
Program ini juga dapat melahirkan insan yang berdisiplin dan patuh kepada peraturan sekolah, disampung melahirkan murid yang seimbang dari sudut jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Program ini juga dapat meningkatkan motivasi murid untuk mencapai kecemerlangan dari sudut akademik dan kokurikulum sesuai dengan misi dan visi sekolah.
Antara objektif yang digariskan ialah, diakhir program ini murid akan:
- Menyedari tanggungjawab mereka terhadap sekolah, guru-guru dan ibu bapa
- Menyedari bahawa mereka perlu mematuhi peraturan sekolah
- Sentiasa bersedia untuk menjadi murid yang cemerlang dari sudut akademik, kokurikulum dan sahsiah
- Mempunyai hubungan yang baik serta rapat dengan guru-guru, ibu bapa/ penjaga dan rakan-rakan
No comments:
Post a Comment