Pada 24 November 2010 yang lepas, Yang DiPertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 2 (SKBB2) telah mengadakan kunjungan hormat dan bertemu dengan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Razali bin Hj Ibrahim di Bangunan Parlimen.
Turut serta dalam kunjungan tersebut ialah Puan Nurliza bt Baharun, Guru Penolong Kanan (Kokurikulum) dan Puan Jafiza bt Jaafar yang bertindak sebagai guru pengiring.
Pihak PIBG telah mengambil kesempatan dari temasya Sukan Asia yang sedang berlangsung untuk bertemu dengan YB Dato’ dan membincang hala tuju murid-murid yang mempunyai bakat di bidang sukan untuk digilap dan diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.
Selain dari itu, pihak PIBG juga mengambil kesempatan semasa pertemuan yang berlangsung selama hampir 50 minit itu mengutarakan hasrat menjemput Timbalan Menteri Belia dan Sukan ke sekolah bagi merasmikan acara sukan tahunan kali kedua yang dijangka akan dilangsungkan pada 20 Mac 2011.
Yang Berhormat Dato’ yang merupakan rakan seperjuangan YDP PIBG semasa sama-sama menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia pada sesi pengajian 1991-95 yang lalu telah menyatakan persetujuan beliau untuk hadir ke sekolah pada tarikh yang telah ditetapkan.
Mengambil kesempatan pertemuan tersebut, YDP PIBG telah memanjangkan permohonan pihak sekolah untuk mendapatkan bantuan kewangan bagi kerja-kerja menaik taraf prasarana SKBB2 yang berkaitan bidang sukan iaitu menaiktaraf keadaan padang sekolah yang boleh dikatakan sebagai daif kerana permukaan yang tidak rata dan menakung air apabila hujan. Selain dari itu, ketiadaan pagar tinggi yang boleh menghalang bola/objek sukan dari keluar ke kawasan perumahan bersebelahan yang telah menghadkan pengunaan padang tersebut.
Pihak PIBG amat perihatin keadaan ini tapi tidak banyak yang dapat dibantu memandangkan PIBG SKBB2 sendiri baru diluluskan pada Ogos 2010 dan mempunyai kewangan yang terhad. Justeru, memanjangkan permohonan pihak sekolah untuk penelitian KBS adalah satu bentuk bantuan dan sumbangan PIBG kepada sekolah.
Fungsi KBS dan keperluan sekolah ke atas prasarana berkaitan sukan menjadikan KBS sebagai satu saluran alternatif yang dapat membantu mempercepatkan permohonan bantuan yang sebelum ini telah dibuat ke Unit Pembangunan, Kementerian Pelajaran oleh pihak sekolah.
Mengakhiri pertemuan pada petang tersebut, anggota rombongan dari SKBB2 telah mengambil kesempatan bergambar kenangan dengan YB Dato’ Razali Ibrahim.

No comments:
Post a Comment