Thursday, November 19, 2009

Hari Anugerah Cemerlang 2009





Laporan oleh M Shamsul bin Selamat

Hari yang bersejarah bagi SK Bukit Beruntung 2 yang menyempurnakan Hari Anugerah Cemerlangnya yang julung-julung kalinya sebagai menghargai kejayaan dan kecemerlangan anak-anak dalam bidang akademik. Inilah kumpulan pertama SKBB2 yang telah menunjukkan bakat cemerlang mereka dalam Peperiksaan Kendalian Sekolah Rendah (PKSR 2) 2009 yang baru berlalu. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Mohd Isa bin Abu Kasim (A.M.S), ADUN Batang Kali yang telah memberikan kesudian beliau untuk membantu sekolah dalam mana-mana aspek yang dilihat perlu. Jutaan terima kasih kepada YB Mohd Isa atas kesudian beliau. Dalam kedua-dua ucapan Guru Besar dan YB Mohd Isa menyatakan betapa pentingnya sokongan dan keperihatinan ibubapa terhadap sekolah yang disalurkan melalui saluran yang betul mampu meningkatkan lagi kualiti pendidikan anak-anak di SKBB2.

Ucap tahniah kepada anak-anak didik yang berjaya menunjukkan pencapaian akademik yang membanggakan walaupun SKBB2 belum pun setahun jagung. Ucap tahniah juga kepada para pendidik yang dinamik dan dedikasi dalam usaha membangun serta mendidik insan yang bernama anak murid sehingga menempa kejayaan yang membanggakan. Tidak lupa para ibubapa melalui Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) yang amat mengambil berat hal-hal berkaitan pendidikan anak-anak mereka serta turut sama membantu pihak sekolah dan warga pendidik dalam usaha murni meningkatkan mutu pendidikan di SKBB2.

No comments:

Post a Comment