oleh M Shamsul Selamat
Kesan wabak Selsema Babi atau juga dikenali sebagai Influenza A (H1N1) memberi impak yang besar kepada keharmonian negara. Tidak terkecuali pusat-pusat pendidikan dan sekolah-sekolah turut menerima kesan daripadanya. Sebagai langkah berjaga-jaga blog ini turut menyediakan link ke Pusat Maklumat Pendemic Influenza A (H1N1) Kementerian Kesihatam Malaysia (KKM). Ibubapa/ penjaga dinasihatkan sentiasa mengamalkan langkah berjaga-jaga serta memelihara kebersihan diri pada setiap masa. Sentiasalah mempastikan kebersihan diri dan keluarga sebagai keutamaa pada setiap masa dan hindarkan diri daripada mendekati orang yang sakit untuk mengelakkan daripada merebaknya wabak ini. Sentiasalah berhubung rapat dengan pihak sekolah dan KKM untuk maklumat lanjut.
Jika anda mengesyaki anak anda atau mana-mana ahli keluarga anda yang sedang sakit atau mungkin terkena penyakit selsema babi, segeralah dibawa ke hospital untuk dibuat pengesahan. Kealpaan boleh membawa maut.
kata2 en shamsul mmg betul,h1n1 mmg merbahaya,ianye dtg melalui angin, kte hrus mgunakan penutup mulut utk mgelak dri mhirup udrra yg agk kotor
ReplyDeleteshahliza charmaine
5 venus