Saturday, July 25, 2009

MESYUARAT PERMUAFAKATAN PROGRAM SEKOLAH SELAMAT




Sabtu, 25 Julai 2009

Di Bilik Mesyuarat SKBB2

PENGENALAN

PROGRAM SEKOLAH SELAMAT diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 2002 dengan harapan dapat mempertingkatkan dan memperkemaskan peraturan-peraturan keselamatan yang sedia ada bukan semata-mata penumpuan kepada keselamatan bangunan malah merangkumi persekitaran murid-murid dan guru-guru sekali dengan mendapat sokongan berterusan daripada masyarakat setempat, badan-badan kerajaan dan NGO yang berkaitan. Isu yang menjadi keutamaan ialah pembentangan Polisi Pergi Balik Sekolah & Sistem Laluan Lalu Lintas

MATLAMAT

Program anjuran bersama Persatuan Ibu Bapa & Guru SKBB2 bermatlamat mewujudkan kerjasama berterusan pihak sekolah dan komuniti dalam isu-isu keselamatan murid.

OBJEKTIF

Meningkatkan kefahaman dan penghayatan bahawa keselamatan hendaklah dijadikan agenda utama dalam semua aspek pendidikan di sekolah.

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan & terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung & tidak langsung dalam menjayakan program ini.

PIBG

PDRM

JKK/Rukun Tetangga

Pejabat Kesihatan Daerah

Jabatan Kebajikan Masyarakat

Bomba & Penyelamat

Majlis Daerah Hulu Selangor

Penghulu/Ketua Kampung

Jabatan Penerangan

NGO/Individu yang menyumbang

1 comment:

  1. Salam sejahtera,

    Bagaimana dengan perkembangan program ini sekarang? Bagaimana nak harapkan pihak luar sedangkan YDP sendiri tidak peka dalam masalah ibu bapa?

    Batulkah ada arahan supaya komen yang tidak "menyokong" tindakan pihak PIBG akan diLENYAPkan?

    YDP berhutang dengan soalan ini....sila jawab. buktikan keikhlasan anda, kemudian baru harap orang lain datang membantu.

    Dimana anda bila besi longkang sekolah hilang?
    di mana anda bila sesi persekolahan 2010 di buka?
    Dimana anda bila pendaftaran murid tahun 1?
    dimana anda bila anda diperlukan?

    ReplyDelete