Sejak sekolah ni dibuka yang tak sampai 10 bulan dah lebih 5 kali besi longkang kena curi. dah lebih 5 x laporan polis dibuat. Pengawal keselamatan pun ada.....tapi kejadian masih x berkesudahan..... tak sampai 2 minggu sudah, jadi lagi....apa pentadbir buat? apa pak guard buat? apa polis buat? nak tunggu hilang pintu pagar sekolah ...atau nak tunggu budak2 hilang baru nak amik tindakan?
Hari pertama sekolah dibuka, bayangan dan bayang2 YDP tak kelihatanpun di sekolah. Entah kemana YDP yang kita lantik untuk menjaga kepentingan kita. Ingatkan ada pihak dari PIBG yang dapat membantu para ibu bapa pada hari pertama, tapi haram....batang hidung YDP dan para pemabantu beliau entah di mana.
Semalam saya dah kata, kita bagi peluang kepada YDP dan kepimpinan beliau....tiba2 pada hari ini, komen yang saya tulis semalam telah DIHILANGKAN dari laman web ini.
Saya harap ini bukan kerja en Shamsul....saya harap tiada konspirasi untuk menjaga kepentingan sesiapa di sini...kalau dah buat kerja, kenapa nak takut? kalau dah tak buat kerja, kenapa nak menyalahkan maklumbalas yang diberi?
Kepada sesiapa yang terlibat memadamkan komen2 yang ada sebelum ini (saya perasan ada lebih kurang 7 - 8 komen, saya harap buat lah kerja dan amanah yang diberi! Jika malas nak bekerja, terimalah komen untuk membetulkan keadaan...jika x mampu bekerja, sila serahkan jawatan secara terhormat. Anda akan lebih dihormati....oleh sekurang2nya keluarga anda sendiri.....
Salam....waktu hujan bukalah gate belakang sekolah...kesian saya tengok murid2 berlari dalam hujan daripada kantin sampailah ke gate utama......kami nie rakyat biasa terpaksalah mengikut peraturan yg gurubesar telah tetapkan....pihak PIBG tolonglah kami.
tahniah buat guru-guru tahun 6. program banyak dijlankan. anak2 saya sblum ni slpas upsr malas ke sek. sbb banyak aktiviti melepak tapi adiknya ni lain skit. suka pergi sekolah dan slalu menceritakan aktiviti sek. yg dirancang. tahniah guru-guru tahun 6. anak saya lelaki susah nak kawal tpi saya pun hairan dia suka dgn guru2 tahun 6. ada 2,3 orang nama guru disebut2. katanya guru popular. tahniah cikgu
salam..... sejak lepas mesyuarat agung, dah susah nak nampak en Zul di sekolah....mungkin betul seperti yang dikatakan, beliau sibuk dengan komitmen kerja. bukan apa, teringin nak mintak amanat yang disampaikan semasa berucap pada mesyuarat tersebut....seronok dan banyak pengajaran yang hendak disampaikan. tolong post kan di blog ini untuk renungan bersama. pihak sekolah, harap dapat usahakan perkara tersebut. bukan apa...boleh dijadikan sebagai panduan. tk
Minggu lepas, pulang dari mesyuarat PIBG, suami bertanya “YDP orang yang sama?” “Tak, dah tukar orang”, jawab saya ringkas…… “Orang tak calonkan semula bekas YDP tahun nie?” tanya suami kehairanan “Tak sempat nak calon pun.......pencalonan dah ditutup”, kata saya. “Aik, ini tidak adil.....kenapa yang hadir bersetuju……kenapa tidak ada yang protes?”, Suami yang tak dapat hadir semasa mesyuarat tersebut kerana ada program lain semakin bertubi-tubi mengemukakan soalan. “Nak protes apa, masa tu...bekas YDP yang menjadi Pengerusi Sementara dan dia sendiri yang meminta anggota mesyuarat mencadangkan pencalonan ditutup selepas ada satu calon”, bingkas saya menjawab. “Dia yang jadi Pengerusi sementara dan dia sendiri yang menutup ruang untuk kembali dilantik sebagai YDP?…….hairan……mesti ada sesuatu yang tak kena……”, dengus suami. “Tak ada apa yang tak kenanya.....sebab selepas perlantikan YDP baru, bekas YDP terus menyerahkan mic kepada beliau untuk meneruskan program…..iaitu perlantikan NYDP dan AJK. Nama bekas YDP turut dicalonkan, tetapi beliau meminta orang ramai memberi pelepasan kepada beliau…..sebab beliau mempunyai komitmen kerja….selalu ke luar Negara dan takut tak dapat komited dengan amanah…..”, saya menjawab dengan panjang lebar. “Abang tak percaya….abang rasa ada sesuatu yang tak kena…..nanti abang nak jumpa en Zul, abang nak tanya sendiri”, suami masih tidak yakin dengan penjelasan yang aku berikan. “Terpulanglah kat abang……”, aku malas nak bertekak......tapi penjelasan demi penjelasan yang suami berikan malam tu membuatkan aku sendiri tertanya-tanya…..betul juga apa yang dinyatakan oleh suami......yang sememangnya mengenali en Zul sejak lebih dari sepuluh tahun yang lalu…….
Aku: masih tertanya-tanya sebab sebenarnya dan insyaallah aku harap suami dapat penjelasan sendiri daripada bekas YDP…..
Mula-mula sekali akak nak tanya kenapa tak berani pakai nama sebenar? kalau en ikhlas, mesti berani menonjolkan diri. Biar orang tahu siapa diri en...
Tulisan akak, mudah...jelas....cuma akak nak lebih memudahkan pemahaman, jadi akak guna pendekatan yang lain dari yang lain. Tak salah kan.
Okeylah en ANONYMOUS,
Ni akak nak jelaskan....akak hairan dan terkejut kenapa en Zul dah tak nak jadi YDP? Dia bukannya calang-calang orang.....tak dengar ke ucapan masa mesyuarat hari tu? Tak sampai setahun dia pegang jawatan YDP, PIBG buat lebih 30 aktiviti. Hebat tu. tu lah sayangnya, kenapa orang sehebat tu nak undur diri? Itulah sebabnya akak suruh abang tanya en Zul sendiri. tapi sayang, sampai hari ni, abang belum berkesempatan bertemu en Zul.... tapi akak percaya, insyaallah lambat laun akak akan tahu juga kebenarannya... itulah maksud akak wahai ANONYMOUS
en AD btul......patah, tumbuh.....tapi jangan lupa..kadang2 yang patah dah tak tumbuh lagi...walau diletak baja yang mahal2. sekarang ni, banyak kes KEHILANGAN dilaporkan di sini, sana. tapi, kebanyakkanya senyap mcm tu ja....lenyap..
en AD ingat tak ucapan YB Md Isa masa perasmian? apa kata YB? cuba ingat.....
Saya tidak berniat menyebelahi sesiapa, saya percaya semua mempunyai sebab masing-masing untuk berhujah dan memberi pendapat. saya juga tidak terkecuali. Saya mempunyai sebab untuk menyatakan pendirian.
Saya selalu juga bersembang dengan mantan YDP PIBG semasa sebelum mesyuarat dahulu. Bagi saya beliau ada banyak misi dan visi yang ingin dicapai. (benar sebagaimana kata en Izam semasa mesyuarat agung)
secara peribadi, saya merasakan beliau telah berjaya merealisasikan banyak misi dan visi. Paling penting bila kumpulan pertama murid tahun enam tahun 2010 berjaya mencatat keputusan cemerlang dalam upsr. khabarnya antara yang terbaik di daerah Hulu Selangor. Tahniah untuk beliau dan semua yang terlibat (ibubapa, guru, sekolah jabatan dsb)
en Zul,anda adalah antara YDP PIBG terbaik yang pernah dilahirkan di SKBB2....terima kasih dari kami, ahli persatuan ibu bapa dan guru SKBB2.
p/s: tahniah kepada en Zul dan keluarga yang telah berpindah ke rumah baru. Cantik rumah tu. alhamdulillah, bila kita ikhlas melakukan sesuatu, Allah akan beri ganjaran yang setimpal...ditambahkan rezeki dari punca yang kita tidak sangka. Kesian cikgu Jafiza, insyaallah ada ganjaran yang setimpal dengan keletihan cikgu tu (pandai cikgu masak....lauk ayam tu sedap.....)
Pertama sekali saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada tuan/puan yang begitu prihatin dan mengambil berat tentang apa yang saya lakukan selama lebih kurang 7 bulan memegang amanah tuan/puan selaku Yang DiPertua PIBG sesi 2010/11. Alhamdulillah, kesemua aktiviti yang dirancang dan (samada berjaya atau sebaliknya) dilaksanakan adalah berkat kerja berpasukan, hasil gemblengan tenaga rakan AJK daripada kalangan ibubapa/penjaga dan barisan penasihat serta guru-guru yang komited demi merealisasikan agenda yang digariskan oleh kerajaan melalui NKRA-pendidikan.
Saya mohon berbanyak maaf kepada tuan/puan kerana muktahir ini, bebanan tugas di tempat kerja banyak membataskan aktiviti lain….termasuklah meng“akses” laman blog SKBB2, sehinggakan saya tidak tahu-menahu mengenai laman ini dijadikan medan untuk berhujah/berdiskusi mengenai apa yang dikatakan sebagai “sebab-musabab” penarikan diri/keenganan saya dari terus menjawat jawatan YDP, sehinggalah en Shamsul memaklumkan perkara ini kepada isteri saya.
Di ruangan yang terhad ini, saya ingin menyeru semua pihak agar mengHENTIkan perbincangan ini. Semuanya telah kita sama-sama muktamadkan dalam mesyuarat agung lepas, oleh itu janganlah kita melanjutkan lagi isu ini. Jangan sampai kita disamakan dengan pepatah orang tua-tua, “rumah siap, pahat berbunyi”.
Apatah lagi tuan/puan menggunakan ruangan di blog yang sepatutnya kita gunakan untuk perkara-perkara yang bersangkutan dengan isu pengajaran dan pembelajaran anak-anak kita. Rugi rasanya kita membazirkan pebincangan untuk perkara yang tidak langsung memberi manfaat kepada kita, apatah lagi anak-anak kita dan SKBB2 sendiri.
Sekali lagi saya merayu dan menyeru agar laman blog ini tidak dijadikan sebagai medan memperjuangkan isu-isu yang bersifat peribadi.
Semasa saya membuat keputusan menerima pencalonan dan amanah tuan/puan tempohari, saya benar-benar ingin berkongsi sedikit pengalaman yang ada dalam diri untuk kebaikan anak-anak kita dan SKBB2. Alhamdulillah, Allah memberi ruangan dan kesempatan tersebut kepada saya. Dengan penjelasan ini, saya harap tiada lagi yang mempersoalkan sebab kenapa dan mengapa......kerana semuanya terlalu mudah....semua amanah adalah milik Allah dan dipinjamkan kepada kita. Apabila tempoh pinjaman telah tamat, maka saya mengembalikan semula amanah tersebut kepada yang Berhak.
Sekiranya tuan/puan merasakan saya dan barisan AJK sesi 2010/11 telah berjaya melaksanakan amanah tuan/puan, alhamdulillah. Berbekalkan kejayaan tersebut, maka izinkanlah kami pergi dengan redha dan rela. Biarlah kami menyerahkan kembali tahta pemerintahan tatkala kami berada di puncak kejayaan dan bukannya setelah jasa dan budi tidak lagi dipandang orang kerana dah jemu dek terlalu lama dengan jawatan yang disandang ....
Berilah ruang dan peluang yang sama kepada saf kepimpinan yang baru untuk meneruskan perjuangan yang kami tinggalkan. Saya percaya AJK PIBG sekarang mempunyai idea yang lebih hebat untuk memartabatkan SKBB2. Insyaallah, saya sendiri akan sentiasa menyokong semua usaha murni tersebut.
Salam penuh takzim.
Zulhisham b Hj Harun Ar Rashid 5 Jamadilakhir 1432H
ini la yang dikatakan pemimpin hebat. Hadir semasa diperlukan....pergi tak perlu disuruh.
Berapa orang yang ada kat Mseia ni yang boleh buat camni? tengok saja la, berapa ramai yang kena suruh...itupun tak sedar2 jugak. buat2 bodoh...buat2 tak paham. Hadi kepada semua pemimpin politik, udah2 ler....amik le iktibar dan contoh yang ditunjukkan oleh mantan ydp kita...
Kawan nak tanya..... cuba rujuk ms 20 buku laporan mesyuarat agung lepas. katanya pada 22/5/11 telah dirancang oleh biro ekonomi dengasn kerjasama kelab guru dan kakitangan untuk melakukan kayuhan kelab guru. kalau fikir-fikir, biro ekonomi tu bukan kah untuk mencari wang? jadi mestinya rancangan itu untuk mendatangkan pendapatan kepada pibg. hari ni berapa haribulan ekk? oh ya, 26/5/11. patutnya mingggu lepas la aktiviti itu. atau saya yang tak tahu? betul ke saya tak tahu? saya pergi ke sekolah pun tak nampak sebarang aktiviti. kenapa aktiviti yang baik tak diteruskan? bukankah semua rancangan telah dibuat? saya nak tulong jawab? saya mewakili semua ahli nak juga tahu kenapa rancangan yang boleh memberi sumber oendapatan tidak diteruskan? cuba tengok ada banyak lagi aktiviti yang dah dirancang di ms 20 itu. pun tak mahu buat kah?
salam sejahtera... Tahniah diucapkan kepada en Moktar sebab sanggup bersusah payah mengingatkan kita perkara ini. saya sendiri tidak pasti dan sebenarnya tidak cukup masa membaca buku laporan selepas mesyuarat. ini adalah apa yang diharapkan oleh saya dan semua ahli. kalau wakil kita tidak melakukan apa yang sepatutnya, maka kita mesti ingatkan mereka. tujuan mereka dilantik adalah meneruskan agenda yang tidak sempat dihabiskan oleh wakil sebelum ini. soalnya sekarang, kenapa perakara tersebut tidak diteruskan? saya boleh beri sumbangan. semua ahli dan orang ramai pun teringin memberi sumbangan. harap ambil segera tindakan.
assalam mualaikum, kepada pihak pentabir skbb2 dan pibg skbb2, Membaca penulisan2 yg berbagai cerita, dpt dirumuskan bahawa laman blok ini hanya memberi kesan buruk kepada intitusi sekolah dan pibg kerana menjadi tempat para penulis melepaskan rasa yg banyaknya dlm bentuk negativ. Amat sedikit cadangan atau edia2 yang baik, sihat dan membangunkan pendidikan anak2 dibincang dlam laman ini. Untuk itu saya mencadangkan pihak pengurusan laman blok ini menutup terus ruang penulisan blok.Sekiranya ada perkara yg hendak disampaikan ada saluran yg betul seperti dtg sendiri utk berbincang dengan pentadbir sek atau PIBG. Sekian terima kasih.
masjid bukit sentosa tak macam tu lah
ReplyDeleteAssalamualaikum.....pihak pentadbir SKBB2.
ReplyDeleteSejak sekolah ni dibuka yang tak sampai 10 bulan dah lebih 5 kali besi longkang kena curi. dah lebih 5 x laporan polis dibuat. Pengawal keselamatan pun ada.....tapi kejadian masih x berkesudahan.....
tak sampai 2 minggu sudah, jadi lagi....apa pentadbir buat? apa pak guard buat? apa polis buat? nak tunggu hilang pintu pagar sekolah ...atau nak tunggu budak2 hilang baru nak amik tindakan?
tah la.....tunggu ja la....besi tu hilang kali keenam...ketujuh...kelapan....kesembilan.....
ReplyDeletesalam,
ReplyDeleteHari pertama sekolah dibuka, bayangan dan bayang2 YDP tak kelihatanpun di sekolah. Entah kemana YDP yang kita lantik untuk menjaga kepentingan kita. Ingatkan ada pihak dari PIBG yang dapat membantu para ibu bapa pada hari pertama, tapi haram....batang hidung YDP dan para pemabantu beliau entah di mana.
Semalam saya dah kata, kita bagi peluang kepada YDP dan kepimpinan beliau....tiba2 pada hari ini, komen yang saya tulis semalam telah DIHILANGKAN dari laman web ini.
Saya harap ini bukan kerja en Shamsul....saya harap tiada konspirasi untuk menjaga kepentingan sesiapa di sini...kalau dah buat kerja, kenapa nak takut? kalau dah tak buat kerja, kenapa nak menyalahkan maklumbalas yang diberi?
Kepada sesiapa yang terlibat memadamkan komen2 yang ada sebelum ini (saya perasan ada lebih kurang 7 - 8 komen, saya harap buat lah kerja dan amanah yang diberi! Jika malas nak bekerja, terimalah komen untuk membetulkan keadaan...jika x mampu bekerja, sila serahkan jawatan secara terhormat. Anda akan lebih dihormati....oleh sekurang2nya keluarga anda sendiri.....
betul.....betul,,betul,,,,
ReplyDeleteberani kerana benar, PADAM MAKLUMBALAS kerana apa?
Lu pikirlah sendiri
Salam....waktu hujan bukalah gate belakang sekolah...kesian saya tengok murid2 berlari dalam hujan daripada kantin sampailah ke gate utama......kami nie rakyat biasa terpaksalah mengikut peraturan yg gurubesar telah tetapkan....pihak PIBG tolonglah kami.
ReplyDeletesalam Puan Gurubesar,
ReplyDeletepagar sekolah tu boleh dibuat tempat meletak iklan mesyuarat? cikgu dapat komisen berapa banyak?
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletehai asyik kutuk je...puji tak ada ke.biar seimbang bro
ReplyDeletetahniah buat guru-guru tahun 6. program banyak dijlankan. anak2 saya sblum ni slpas upsr malas ke sek. sbb banyak aktiviti melepak tapi adiknya ni lain skit. suka pergi sekolah dan slalu menceritakan aktiviti sek. yg dirancang. tahniah guru-guru tahun 6. anak saya lelaki susah nak kawal tpi saya pun hairan dia suka dgn guru2 tahun 6. ada 2,3 orang nama guru disebut2. katanya guru popular. tahniah cikgu
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletesalam.....
ReplyDeletesejak lepas mesyuarat agung, dah susah nak nampak en Zul di sekolah....mungkin betul seperti yang dikatakan, beliau sibuk dengan komitmen kerja.
bukan apa, teringin nak mintak amanat yang disampaikan semasa berucap pada mesyuarat tersebut....seronok dan banyak pengajaran yang hendak disampaikan. tolong post kan di blog ini untuk renungan bersama.
pihak sekolah, harap dapat usahakan perkara tersebut. bukan apa...boleh dijadikan sebagai panduan.
tk
Minggu lepas, pulang dari mesyuarat PIBG, suami bertanya “YDP orang yang sama?”
ReplyDelete“Tak, dah tukar orang”, jawab saya ringkas……
“Orang tak calonkan semula bekas YDP tahun nie?” tanya suami kehairanan
“Tak sempat nak calon pun.......pencalonan dah ditutup”, kata saya.
“Aik, ini tidak adil.....kenapa yang hadir bersetuju……kenapa tidak ada yang protes?”, Suami yang tak dapat hadir semasa mesyuarat tersebut kerana ada program lain semakin bertubi-tubi mengemukakan soalan.
“Nak protes apa, masa tu...bekas YDP yang menjadi Pengerusi Sementara dan dia sendiri yang meminta anggota mesyuarat mencadangkan pencalonan ditutup selepas ada satu calon”, bingkas saya menjawab.
“Dia yang jadi Pengerusi sementara dan dia sendiri yang menutup ruang untuk kembali dilantik sebagai YDP?…….hairan……mesti ada sesuatu yang tak kena……”, dengus suami.
“Tak ada apa yang tak kenanya.....sebab selepas perlantikan YDP baru, bekas YDP terus menyerahkan mic kepada beliau untuk meneruskan program…..iaitu perlantikan NYDP dan AJK. Nama bekas YDP turut dicalonkan, tetapi beliau meminta orang ramai memberi pelepasan kepada beliau…..sebab beliau mempunyai komitmen kerja….selalu ke luar Negara dan takut tak dapat komited dengan amanah…..”, saya menjawab dengan panjang lebar.
“Abang tak percaya….abang rasa ada sesuatu yang tak kena…..nanti abang nak jumpa en Zul, abang nak tanya sendiri”, suami masih tidak yakin dengan penjelasan yang aku berikan.
“Terpulanglah kat abang……”, aku malas nak bertekak......tapi penjelasan demi penjelasan yang suami berikan malam tu membuatkan aku sendiri tertanya-tanya…..betul juga apa yang dinyatakan oleh suami......yang sememangnya mengenali en Zul sejak lebih dari sepuluh tahun yang lalu…….
Aku: masih tertanya-tanya sebab sebenarnya dan insyaallah aku harap suami dapat penjelasan sendiri daripada bekas YDP…..
salam pn Rozimah
ReplyDeleteterasa macam baca cerpen...
tanya sikit boleh tak? nie apa yang pn nak sampaikan? (tak faham ......)
EN ANONYMOUS......
ReplyDeleteMula-mula sekali akak nak tanya kenapa tak berani pakai nama sebenar? kalau en ikhlas, mesti berani menonjolkan diri. Biar orang tahu siapa diri en...
Tulisan akak, mudah...jelas....cuma akak nak lebih memudahkan pemahaman, jadi akak guna pendekatan yang lain dari yang lain. Tak salah kan.
Okeylah en ANONYMOUS,
Ni akak nak jelaskan....akak hairan dan terkejut kenapa en Zul dah tak nak jadi YDP? Dia bukannya calang-calang orang.....tak dengar ke ucapan masa mesyuarat hari tu? Tak sampai setahun dia pegang jawatan YDP, PIBG buat lebih 30 aktiviti. Hebat tu. tu lah sayangnya, kenapa orang sehebat tu nak undur diri? Itulah sebabnya akak suruh abang tanya en Zul sendiri. tapi sayang, sampai hari ni, abang belum berkesempatan bertemu en Zul....
tapi akak percaya, insyaallah lambat laun akak akan tahu juga kebenarannya...
itulah maksud akak wahai ANONYMOUS
Stuju dgn en Kadir & pn Rozi.....
ReplyDeleteTapi, jgn lupa....patah, tumbuh....hilang berganti. walaupun yang tumbuh tu tak sama dgn yg patah....kita kena terima hakikat.....
en AD btul......patah, tumbuh.....tapi jangan lupa..kadang2 yang patah dah tak tumbuh lagi...walau diletak baja yang mahal2. sekarang ni, banyak kes KEHILANGAN dilaporkan di sini, sana. tapi, kebanyakkanya senyap mcm tu ja....lenyap..
ReplyDeleteen AD ingat tak ucapan YB Md Isa masa perasmian? apa kata YB? cuba ingat.....
Assalam.
ReplyDeleteSaya tidak berniat menyebelahi sesiapa, saya percaya semua mempunyai sebab masing-masing untuk berhujah dan memberi pendapat. saya juga tidak terkecuali. Saya mempunyai sebab untuk menyatakan pendirian.
Saya selalu juga bersembang dengan mantan YDP PIBG semasa sebelum mesyuarat dahulu. Bagi saya beliau ada banyak misi dan visi yang ingin dicapai. (benar sebagaimana kata en Izam semasa mesyuarat agung)
secara peribadi, saya merasakan beliau telah berjaya merealisasikan banyak misi dan visi. Paling penting bila kumpulan pertama murid tahun enam tahun 2010 berjaya mencatat keputusan cemerlang dalam upsr. khabarnya antara yang terbaik di daerah Hulu Selangor. Tahniah untuk beliau dan semua yang terlibat (ibubapa, guru, sekolah jabatan dsb)
en Zul,anda adalah antara YDP PIBG terbaik yang pernah dilahirkan di SKBB2....terima kasih dari kami, ahli persatuan ibu bapa dan guru SKBB2.
p/s: tahniah kepada en Zul dan keluarga yang telah berpindah ke rumah baru. Cantik rumah tu. alhamdulillah, bila kita ikhlas melakukan sesuatu, Allah akan beri ganjaran yang setimpal...ditambahkan rezeki dari punca yang kita tidak sangka. Kesian cikgu Jafiza, insyaallah ada ganjaran yang setimpal dengan keletihan cikgu tu (pandai cikgu masak....lauk ayam tu sedap.....)
Assalamualaikum wbt.
ReplyDeletePertama sekali saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada tuan/puan yang begitu prihatin dan mengambil berat tentang apa yang saya lakukan selama lebih kurang 7 bulan memegang amanah tuan/puan selaku Yang DiPertua PIBG sesi 2010/11. Alhamdulillah, kesemua aktiviti yang dirancang dan (samada berjaya atau sebaliknya) dilaksanakan adalah berkat kerja berpasukan, hasil gemblengan tenaga rakan AJK daripada kalangan ibubapa/penjaga dan barisan penasihat serta guru-guru yang komited demi merealisasikan agenda yang digariskan oleh kerajaan melalui NKRA-pendidikan.
Saya mohon berbanyak maaf kepada tuan/puan kerana muktahir ini, bebanan tugas di tempat kerja banyak membataskan aktiviti lain….termasuklah meng“akses” laman blog SKBB2, sehinggakan saya tidak tahu-menahu mengenai laman ini dijadikan medan untuk berhujah/berdiskusi mengenai apa yang dikatakan sebagai “sebab-musabab” penarikan diri/keenganan saya dari terus menjawat jawatan YDP, sehinggalah en Shamsul memaklumkan perkara ini kepada isteri saya.
Di ruangan yang terhad ini, saya ingin menyeru semua pihak agar mengHENTIkan perbincangan ini. Semuanya telah kita sama-sama muktamadkan dalam mesyuarat agung lepas, oleh itu janganlah kita melanjutkan lagi isu ini. Jangan sampai kita disamakan dengan pepatah orang tua-tua, “rumah siap, pahat berbunyi”.
Apatah lagi tuan/puan menggunakan ruangan di blog yang sepatutnya kita gunakan untuk perkara-perkara yang bersangkutan dengan isu pengajaran dan pembelajaran anak-anak kita. Rugi rasanya kita membazirkan pebincangan untuk perkara yang tidak langsung memberi manfaat kepada kita, apatah lagi anak-anak kita dan SKBB2 sendiri.
Sekali lagi saya merayu dan menyeru agar laman blog ini tidak dijadikan sebagai medan memperjuangkan isu-isu yang bersifat peribadi.
Semasa saya membuat keputusan menerima pencalonan dan amanah tuan/puan tempohari, saya benar-benar ingin berkongsi sedikit pengalaman yang ada dalam diri untuk kebaikan anak-anak kita dan SKBB2. Alhamdulillah, Allah memberi ruangan dan kesempatan tersebut kepada saya. Dengan penjelasan ini, saya harap tiada lagi yang mempersoalkan sebab kenapa dan mengapa......kerana semuanya terlalu mudah....semua amanah adalah milik Allah dan dipinjamkan kepada kita. Apabila tempoh pinjaman telah tamat, maka saya mengembalikan semula amanah tersebut kepada yang Berhak.
Sekiranya tuan/puan merasakan saya dan barisan AJK sesi 2010/11 telah berjaya melaksanakan amanah tuan/puan, alhamdulillah. Berbekalkan kejayaan tersebut, maka izinkanlah kami pergi dengan redha dan rela. Biarlah kami menyerahkan kembali tahta pemerintahan tatkala kami berada di puncak kejayaan dan bukannya setelah jasa dan budi tidak lagi dipandang orang kerana dah jemu dek terlalu lama dengan jawatan yang disandang ....
Berilah ruang dan peluang yang sama kepada saf kepimpinan yang baru untuk meneruskan perjuangan yang kami tinggalkan. Saya percaya AJK PIBG sekarang mempunyai idea yang lebih hebat untuk memartabatkan SKBB2. Insyaallah, saya sendiri akan sentiasa menyokong semua usaha murni tersebut.
Salam penuh takzim.
Zulhisham b Hj Harun Ar Rashid
5 Jamadilakhir 1432H
Marvelous....
ReplyDeleteini la yang dikatakan pemimpin hebat. Hadir semasa diperlukan....pergi tak perlu disuruh.
Berapa orang yang ada kat Mseia ni yang boleh buat camni? tengok saja la, berapa ramai yang kena suruh...itupun tak sedar2 jugak. buat2 bodoh...buat2 tak paham. Hadi kepada semua pemimpin politik, udah2 ler....amik le iktibar dan contoh yang ditunjukkan oleh mantan ydp kita...
Kawan nak tanya..... cuba rujuk ms 20 buku laporan mesyuarat agung lepas. katanya pada 22/5/11 telah dirancang oleh biro ekonomi dengasn kerjasama kelab guru dan kakitangan untuk melakukan kayuhan kelab guru. kalau fikir-fikir, biro ekonomi tu bukan kah untuk mencari wang? jadi mestinya rancangan itu untuk mendatangkan pendapatan kepada pibg.
ReplyDeletehari ni berapa haribulan ekk? oh ya, 26/5/11. patutnya mingggu lepas la aktiviti itu. atau saya yang tak tahu? betul ke saya tak tahu? saya pergi ke sekolah pun tak nampak sebarang aktiviti.
kenapa aktiviti yang baik tak diteruskan? bukankah semua rancangan telah dibuat? saya nak tulong jawab? saya mewakili semua ahli nak juga tahu kenapa rancangan yang boleh memberi sumber oendapatan tidak diteruskan? cuba tengok ada banyak lagi aktiviti yang dah dirancang di ms 20 itu. pun tak mahu buat kah?
salam sejahtera...
ReplyDeleteTahniah diucapkan kepada en Moktar sebab sanggup bersusah payah mengingatkan kita perkara ini. saya sendiri tidak pasti dan sebenarnya tidak cukup masa membaca buku laporan selepas mesyuarat.
ini adalah apa yang diharapkan oleh saya dan semua ahli. kalau wakil kita tidak melakukan apa yang sepatutnya, maka kita mesti ingatkan mereka. tujuan mereka dilantik adalah meneruskan agenda yang tidak sempat dihabiskan oleh wakil sebelum ini.
soalnya sekarang, kenapa perakara tersebut tidak diteruskan? saya boleh beri sumbangan. semua ahli dan orang ramai pun teringin memberi sumbangan.
harap ambil segera tindakan.
SELAMAT ARI RAYE!
ReplyDeleteassalam mualaikum, kepada pihak pentabir skbb2 dan pibg skbb2,
ReplyDeleteMembaca penulisan2 yg berbagai cerita, dpt dirumuskan bahawa laman blok ini hanya memberi kesan buruk kepada intitusi sekolah dan pibg kerana menjadi tempat para penulis melepaskan rasa yg banyaknya dlm bentuk negativ. Amat sedikit cadangan atau edia2 yang baik, sihat dan membangunkan pendidikan anak2 dibincang dlam laman ini.
Untuk itu saya mencadangkan pihak pengurusan laman blok ini menutup terus ruang penulisan blok.Sekiranya ada perkara yg hendak disampaikan ada saluran yg betul seperti dtg sendiri utk berbincang dengan pentadbir sek atau PIBG. Sekian terima kasih.