Sekolah ini baru sahaja siap pembinaannya pada penghujung tahun 2008. Ia akan menempatkan sekitar 800 pelajar. Para pelajar ditukarkan secara pakej daripada 2 buah sekolah berdekatan yang dipilih iaitu daripada SK Bukit Beruntung dan SK Bukit Sentosa.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeletePuan Pengetua dan para pendidik di SKBB2 sekelian.
Pertama sekali saya ucapkan tahniah kerana berjaya menguruskan proses hari pertama persekolahan sesi 2010 dengan berjaya.
Saya ingin menarik perhatian puan berkenaan satu perkara yang rasanya pihak sekolah telah terlepas pandang.
Saya rasa tidak selesa dengan cara pihak sekolah merancang waktu rehat sesi pagi, masa yang diperuntukkan hanya 20 minit sedangkan kesemua tahun 4 hingga 6 diberikan waktu rehat yang selaras.
Pihak puan sendiri lebih arif dengan bilangan murid yang terlibat. Dari pemantauan saya, masa dan jumlah murid adalah tidak bersesuaian dan saya berharap puan dapat melakukan sesuatu untuk membetulkan keadaan ini.
Terima kasih.
salam,
ReplyDeleteSaya setuju dengan komen di atas. Masa yang terhad adalah tidak memadai bagi kesemua murid tahun 4 hingga 6 untuk membeli makanan, menikmati makanan dan berehat.
Sila review semula masa tersebut.
Kedua, tentang harga makanan yang umpama harga di hotel (untuk murid-murid) tidak sebanding dengan kualiti makanan yang disediakan.
Mohon pihak sekolah memantau dan buat sesuatu.