Wednesday, April 21, 2010

Lawatan Y.B. Senator Dato' T.Murugiah


Pada Khamis, 22 April 2010, SKBB2 akan menerima lawatan rasmi oleh Y.B. Senator T.Murugiah yang merupakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Beliau dijangka akan bersama para pendidik dan ibu bapa penjaga warga SKBB2 bermula pada jam 12.30 tengahari. Beliau juga telah berbesar hati untuk melancarkan Program Sistem Maklumat Murid atau lebih dikenali sebagai SiMS tajaan PIBG SKBB2. Diharap para ibu bapa dan penjaga SKBB2 dapat bersama-sama memeriahkan lagi majlis ini.

Y.B. Senator bersama para pegawainya juga akan mengadakan pusat Pengaduan Awam bergerak berpusat di SKBB2. Kepada mereka yang ingin membuat sebarang aduan dinasihatkan agar membaya bersama dokumen-dokumen penting sebagai rujukan.

Aturcara majlis:
12.00 - 2.00 Pelancaran SiMS
2.00 - 6.00 Biro Pengaduan Awam.

Anda juga boleh membuat aduan secara online di alamat ini http://www.pcb.gov.my/bpaweb.php

Saturday, April 10, 2010

Kursus Tatacara Menghadapi Kebakaran





Logo Jabatan Bomba & Penyelamat


Encik Rosli b Shafie
(Jabatan Bomba & Penyelamat Kuala Kubu Bharu)

Peserta-peserta kursus

Laporan oleh M Shamsul
Admin blog

Dengan kerjasama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu satu kursus pendedahan asas tentang penyediaan serta langkah-langkah keselamatan yang boleh diambil dalam menghadapi isu kebakaran di kawasan sekolah. Pendedahan serta panduan berguna telah disampaikan oleh Encik Rosli b Shafie daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu. Kursus serta pendedahan seperti ini amat penting dan berguna kepada guru-guru dalam menghadapi sebarang kemungkinan berkaitan isu kebakaran sekiranya berlaku di dalam kawasan sekolah. Ucapan setinggi terima kasih kepada Jabatan Bomba Dan Penyelamat kerana sudi membantu pihak SKBB2 dalam perkongsian ilmu berkaitan keselamatan serta isu kebakaran di kawasan sekolah.

Nombor-nombor kecemasan yang perlu diketahui oleh warga Hulu Selangor:
03-6064 1444 Jabatan Bomba Dan Penyelamat (Kuala Kubu Bharu)
03-6064 1333 Hospital Kuala Kubu Bharu
03-6064 1222 Balai Polis Kuala Kubu Bharu