Monday, November 17, 2025

Ujian kelayakan Rambu Biru Pengakap Kanak-kanak 2025

Ujian kelayakan Rambu Biru Pengakap Kanak-kanak ini diadakan di peringkat sekolah, yang bertujuan untuk menilai kemahiran dan memupuk nilai kerjasama di kalangan ahli Pengakap. 

Objektif ujian ini ialah untuk:

  • Menguji dan menilai kemahiran Pengakap Kanak-kanak dan memastikan mereka mencapai tahap keahlian yang diperlukan.
  • Pelbagai aktiviti seperti ujian lisan, ujian praktikal dan persembahan akan dijalankan.
  • Ujian ini juga memberi peluang kepada ahli untuk mengasah bakat kepimpinan dan kerjasama, serta meningkatkan motivasi mereka dalam pergerakan Pengakap.
Untuk meneruskan kebahagian ujian yang seterusnya, murid (yang terpilih) boleh menggunakan link yang tersedia dibawah:


#Selamat menjawab soalan
#Sebarang masalah/pertanyaan, sila berhubung terus dengan pemimpin pengakap di sekolah.

Friday, November 14, 2025

Program Scholastic

Program Scholastic merujuk kepada pelbagai program dan inisiatif yang dijalankan oleh Scholastic Corporation, sebuah syarikat penerbitan dan pendidikan global yang terkenal kerana menyediakan buku dan bahan pendidikan untuk kanak-kanak dan sekolah di seluruh dunia. Program-program ini merangkumi kelab buku, pameran buku, program literasi, dan penerbitan bahan pendidikan untuk pelajar

Kepada para guru dan murid yang terpilih untuk mengikuti program ini boleh menggunakan link di bawah:

PROGRAM SCHOLASTIC LOGIN









Tuesday, November 11, 2025

UJIAN KENAIKAN PANGKAT TUSPA PERINGKAT DAERAH HULU SELANGOR 2025

UJIAN TEORI

Pada: 11 November 2025

Hari: Selasa

Masa: 10.00 pagi - 11.00 pagi


Link UKP Lans Koperal (sila guna link dibawah)

https://forms.gle/c5cDgEGWvNoKQA1b7

Selamat Menjawab









Monday, November 10, 2025

Digital Competency Score (DCS) 2025 Tahun 6

Skor Kompetensi Digital atau Digital Competency Score (DCS), adalah instrumen penilaian murid berasaskan keberhasilan berbentuk gamifikasi (gamification) yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Pada tahun 2022, DCS telah diperluaskan kepada semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia kecuali kolej tingkatan enam.

Pelaksanaan Skor Kompetensi Digital / Digital Competency Score selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menjayakan Pembestarian Sekolah Gelombang 4: Konsolidasi dan Kelestarian (2011-2020).

Fokus utama Pembestarian Sekolah ialah:

  • Penambahbaikan secara sistematik melalui pemantapan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
  • Peningkatan kemahiran dan kompetensi digital serta pemikiran komputasional murid melalui KSSR dan KSSM
  • penilaian murid berasaskan keberhasilan
Kepada murid-murid Tahun 6 yang terpilih dikehendaki bersedia dengan dokumen/maklumat berikut:
  1. NAMA
  2. KELAS
  3. NOMBOR KAD PENGENALAN
  4. PASSWORD
Jika anda sudah bersediakan, mari mulakan pengembaraan DIGITAL anda





Tuesday, July 22, 2025

Program Minda Sihat

Program Minda Sihat merupakan projek yang melibatkan intervensi unit bimbingan dan kaunseling. Bertemakan Minda Sihat: “Emosi Terjaga, Kehidupan Sejahtera” bagi meningkatkan kesedaran warga sekolah akan kepentingan penjagaan kesihatan mental.  Poster – poster psikososial Minda Sihat juga dipamerkan di laluan utama keluar masuk ke sekolah dan di dalam setiap kelas untuk memastikan murid sentiasa peka dengan kesejahteraan emosi diri sendiri dan rakan -rakan lain. Unit Bimbingan Kaunseling sebagai unit yang menjaga psikososial dan kesejahteraan minda murid juga perlu aktif menjalankan intervensi kepada semua murid dalam aspek pencegahan dan pendidikan psikososial kepada murid.

Murid-murid yang terlibat ialah semua murid Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. 

Kepada murid-murid yang terlibat anda perlu mengaksesnya melalui link dibawah.

SARINGAN MINDA SIHAT



Tuesday, April 22, 2025

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025


📅 Tarikh:18 April 2025
📍 Tempat: Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung 2

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025 telah diadakan dengan penuh meriah dan ceria melibatkan seluruh warga sekolah. Tujuan utama majlis ini adalah untuk memupuk semangat perpaduan dan silaturrahim dalam kalangan guru, murid serta warga sekolah selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadan.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan antaranya:

  • Persembahan murid bertemakan Hari Raya

  • Jamuan Hari Raya dengan pelbagai juadah tradisional

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Encik Zailani bin Karim dan diteruskan dengan persembahan serta aktiviti yang menceriakan suasana. Kehadiran murid dan guru yang berpakaian tradisional menambahkan lagi kemeriahan majlis.

Program ini telah berjaya mencapai objektifnya dalam mewujudkan suasana Hari Raya yang meriah dan penuh harmoni. Sambutan ini juga menjadi platform untuk mendidik murid tentang nilai kesyukuran, hormat-menghormati dan budaya tradisi masyarakat Malaysia.














Majlis Penutup Ihya’ Ramadan, Khatam al-Quran dan Penyerahan Sumbangan Aidilfitri 2025


📅 Tarikh: 22 Mac 2025
📍 Tempat: Dewan Ibnu Umar, SKKB2

Majlis Penutup Ihya’ Ramadan, Khatam al-Quran dan Penyerahan Sumbangan Aidilfitri 2025 telah berjaya dianjurkan dengan jayanya sebagai simbol penutup program kerohanian sepanjang bulan Ramadan. Majlis ini bertujuan untuk menyemarakkan suasana Ramadan dalam kalangan warga sekolah serta menyantuni golongan yang memerlukan.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa pembuka dan diteruskan dengan Majlis Khatam al-Quran, yang disertai oleh murid-murid serta guru-guru yang mengambil bahagian dalam Tadarus sepanjang Ramadan.

Turut berlangsung ialah sesi penyerahan sumbangan Aidilfitri kepada murid-murid yang terpilih sebagai penerima bantuan. Sumbangan ini merupakan hasil kerjasama antara pihak sekolah dan hasil kutipan sumbangan murid dan guru yang prihatin.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Tuan Guru Besar, Encik Zailani bin Karim yang turut menyampaikan ucapan ringkas dan menyempurnakan penyampaian sumbangan.

Majlis ini telah berlangsung dalam suasana penuh harmoni dan keberkatan, serta berjaya menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan warga sekolah.


📚 Buku Program:
Boleh diakses melalui pautan berikut:
👉 Klik sini untuk melihat buku program