Monday, March 30, 2020

Perintah Kawalan Pergerakan bertujuan elak rakyat terdedah COVID-19

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan penutupan sekolah, universiti dan sebahagian pejabat, premis perniagaan serta kilang ditutup selaras Perintah Kawalan Pergerakan bertujuan mengelakkan rakyat terdedah dengan jangkitan virus COVID-19.

Tujuannya supaya murid-murid tidak perlu bergerak ke sana- sini, tidak perlu bersesak di dalam bas untuk ke sekolah atau di kantin pada waktu rehat.

Murid-murid tidak perlu pergi ke sekolah, tidak perlu mengikuti aktiviti sukan dan lain-lain yang boleh mendedahkan jangkitan COVID-19," kata PM dalam perutusan khas beliau.

Sila klik link di bawah untuk mendapatkan maklumat TERKINI & TEPAT daripada Kementerian Kesihatan Malaysia:
(Statistik terkini COVID-19 jam 5:00 petang setiap hari dikeluarkan oleh KKM)