Tuesday, July 26, 2011

Kemasukan Markah Peperiksaan Online KPM

Kepada semua guru kelas & matapelajaran dikehendaki memasukkan markah Pertengahan Tahun secara online. Sila klik link: http://saps.moe.gov.my untuk ke portal tersebut. Setiap guru akan diberikan password yang tersendiri. Sila dapatkan password anda daripada Ustazah Azizah.

Untuk memudahkan para guru mengakses portal SAPS (Sistem Analisis Peperiksaan sekolah), anda juga boleh mendapatkan link di sudut atas kanan blog ini. Lain-lain maklumat berkaitan SAPS online di blog ini silalah merujuk ke bahagian Blog Archive yang boleh anda scroll di sebelah kanan blog.

Jika anda adalah guru/ pelawat mempunyai sebarang komen atau masalah berkaitan aplikasi SAPS online ini, silalah berbuat demikian dengan mengklik ruangan comments di bawah. Semoga dengan adanya komen & cadangan positif dapat meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia.

Monday, July 18, 2011

Kemasukan Data SPPBS Online

Kepada semua guru tahun 1 (KSSR) dikehendaki mengurus data SPPBS (Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah) secara online. Sila klik link: http://apps.moe.gov.my/sppbs/ untuk ke portal tersebut. Setiap guru akan diberikan password yang tersendiri. Sila dapatkan password anda daripada Pn. Hafidzah.

Sila klik link ini: http://www.docstoc.com/docs/85493293/SPPBS untuk download panduan SPPBS online anda.

Untuk memudahkan para guru mengakses portal SPPBS, anda juga boleh mendapatkan link di sudut atas kanan blog ini. Lain-lain maklumat berkaitan SPPBS online di blog ini silalah merujuk ke bahagian Blog Archive yang boleh anda scroll di sebelah kanan blog.

Jika anda adalah guru/ pelawat mempunyai sebarang komen atau masalah berkaitan aplikasi SPPBS online ini, silalah berbuat demikian dengan mengklik ruangan comments di bawah. Semoga dengan adanya komen & cadangan positif dapat meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia.

Thursday, July 7, 2011

Sekitar Hari Kantin SK Bukit Beruntung2 2011

Setinggi-tinggi tahniah kepada semua warga SKBB2 khususnya kepada para guru-guru dan ibubapa (PIBG) yang telah menjayakan Hari Kantin SKBB2 yang julung-julung kalinya diadakan. Terima kasih kepada semua ibubapa yang menyokong kejayaan ini. Tanpa sokongan serta kerjasama ibubapa yang erat bersama sekolah tidak mungkin tercapai apa yang dirancangkan.

Ucapan jutaan terima kasih kepada YB Kamalanathan (Hulu Selangor) yang sudi melawat tapak karnival serta bersetuju memberi sumbangan peribadi beliau serta wang tunai RM1,000. Beliau yang ditemani YDP PIBG Tuan Haji Tuah melawat gerai-gerai jualan.

Ucapan jutaan terima kasih juga diucapkan kepada YB Dato' Mohd Isa (Adun Batang Kali) yang sudi turut serta memeriahkan lagi karnival jualan Hari Kantin.

Ucapan terima kasih juga kepada agensi-agensi kerajaan serta pihak swasta yang turut serta mengambil bahagian pada Hari kantin SKBB2 2011.

Kementerian Kesihatan (pameran berkaitan kesedaran wabak denggi & pemeriksaan kesihatan percuma.

Perodua