i-TR1M

Interaktif-Tuisyen Rakyat 1Malaysia  (i-TR1M)

Program ini menjadi kenyataan apabila pada 10 Mei 2012, YGMB mendapat amanah daripada YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Hj Abdul Razak dengan kelulusan Dana Khas untuk melaksanakan program i-TR1M.

LOGIN & PASSWORD

Untuk login ke i-TR1M unicliq.com anda hanya perlu klik pada logo i-TR1M di sebelah kiri blog dan ikutlah arahan seperti dibawah.



KONSEP

Para pelajar yang mengikuti program ini boleh menggunakan kemudahan internet sama ada di rumah dan di sekolah atau di pusat-pusat ICT setempat seperti di Perpustakaan Desa, Medan Infodesa (MID) dan Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJLK).

Pendekatan kelas i-TR1M dijalankan dalam bentuk kelas bimbingan yang dikendalikan secara berstruktur dan terancang khusus dengan memberi fokus kepada persediaan menghadapi peperiksaan melalui penguasaan pengetahuan dan kemahiran penting dalam mata pelajaran yang diikuti.

Program i-TR1M ini disasarkan kepada pelajar-pelajar yang memerlukan bimbingan tambahan dan akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM.

Pembelajaran secara online bagi pelajar UPSR  dikawalselia oleh seorang Guru Pemudahcara . Bagi memastikan program i-TR1M dilaksanakan dengan berkesan mengikut garis panduan pelaksanaan ini, dua konsultan atau pengendali telah dilantik bagi melaksanakan program ini iaitu Training.Com Asia Sdn Bhd (PMR dan SPM) dan UniCliq Sdn Bhd (pembelajaran online bagi UPSR dan Sains Tulen SPM). Kedua-dua syarikat ini telahpun menandatangani MOU dengan YGMB.

OBJEKTIF

Program i-TR1M adalah bertujuan untuk memberi kelas bimbingan tambahan atau tuisyen kepada pelajar-pelajar UPSR, PMR dan SPM dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains bagi membolehkan pelajar-pelajar berkenaan meningkatkan penguasaan pengetahuan dan kemahiran penting dalam mata pelajaran yang diikuti di samping membudayakan dan memperkasakan penggunaan ICT dalam pembelajaran serta kehidupan seharian di kalangan pelajar terlibat.

Program iTR1M juga boleh menambahkan contact hour pelajar dengan guru serta menambahkan keyakinan dan motivasi pelajar untuk memperbaiki kelemahan mereka dan menguasai pengetahuan dan kemahiran penting dalam mata pelajaran yang diikuti khususnya untuk menghadapi peperiksaan.

Jurang pencapaian di antara pelajar daripada keluarga yang berpendapatan rendah dan berada akan dapat dikurangkan.

Secara tidak langsung program i-TR1M juga dapat membantu pihak sekolah dalam memberikan bimbingan tambahan kepada pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan yang lemah dan usaha ini tentunya akan dapat meningkatkan lagi prestasi pencapaian akademik sekolah.

 PELAKSANAAN

Pemilihan pelajar yang akan mengikuti program i-TR1M  dibuat oleh pihak sekolah khusus untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR dikendalikan sepenuhnya secara atas talian (online), setiap pelajar yang terpilih akan berpeluang mengikuti semua mata pelajaran.

Murid-murid UPSR yang mengikuti pembelajaran dan penilaian kendiri secara online menerusi portal yang disediakan, bebas mengatur waktu belajar mereka sendiri selepas waktu persekolahan. Program ini memberi kelebihan kepada murid-murid yang memiliki kemudahan internet sendiri di rumah. Bagi murid-murid yang tiada kemudahan internet di rumah, pihak sekolah perlu menentukan masa yang sesuai untuk murid-murid mereka menggunakan kemudahan internet di sekolah. Murid-murid juga dibenarkan menggunakan kemudahan internet di pusat-pusat ICT setempat seperti di perpustakaan, Medan Infodesa (MID) atau di Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJLK).

Setiap aktiviti pembelajaran secara online akan dipantau oleh pentadbir sistem portal berkenaan dan turut dibantu oleh Guru Pemudahcara. Semua aktiviti pelajar-pelajar ini semasa online akan direkodkan oleh pentadbir sistem seperti tempoh masa yang telah digunakan, sejauhmana setiap mata pelajaran yang telah diikuti, peratusan keputusan ujian-ujian yang telah dibuat dan sebagainya.

 RUMUSAN PROGRAM

Program i-TR1M adalah merupakan satu bentuk intervensi pendidikan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains di peringkat UPSR, PMR dan SPM. Pelajar-pelajar ini dilihat perlu diberikan bimbingan tambahan untuk meningkatkan pengupayaan mereka dalam pencapaian akademik khususnya untuk menghadapi peperiksaan.

Kaedah pembelajaran program iTR1M adalah pembelajaran secara atas talian atau online merupakan satu bentuk dimensi baru ke arah membudayakan penggunaan ICT di kalangan pelajar.

JANGKAMASA PROGRAM

Program i-TR1M dijalankan selama lebih kurang empat bulan mulai Jun 2012 dan dijangka akan berakhir September 2012.

PELANCARAN PROGRAM i-TR1M

Majlis Pelancaran Program i-TR1M telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri pada 28 Jun 2012 di Seri Perdana, Putrajaya bersama-sama dengan Sesi Sembang YAB Perdana Menteri Bersama Profesor dan Profesor Madya IPTA Lembah Klang.

SASARAN PROGRAM

Program i-TR1M dijalankan sebagai projek rintis di Selangor sebelum dilaksanakan ke seluruh negara. Program ini disasarkan kepada pelajar-pelajar di Selangor yang terdiri daripada calon-calon UPSR, PMR dan SPM 2013.

Bagi mencapai sasaran ini, lebih 100 buah sekolah menengah dan rendah dipilih untuk menjalankan program i-TR1M yang meliputi semua 10 Pejabat Pelajaran Daerah di Selangor. Proses pemilihan sekolah dibuat dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Selangor.


Maklumat lanjut mengenai program i-TR1M sila hubungi Pengurus Projek i-TR1M YGMB, Mejar (B) Wan Munadi bin Wan Mamat (019-2669128)

Rujukan Laman