Saturday, September 19, 2009

Selamat Menyambut Syawal & Aidil Fitri


oleh M Shamsul Selamat
your blog administrator

Kehadiran Ramadhan memang sentiasa dinantikan dan kini tibalah ia di penghujungnya. Sebagai gantinya, Allah Taala memberikan Syawal sebagai tanda kemenangan selepas sebulan beribadah puasa dan melawan hawa nafsu. Menyambut Aidil Fitri, Allah Taala mengharamkan berpuasa pada 1 Syawal dan kita disuruh bergembira bersama sanak saudara dan sahabat handai namun jangan kita lupa solat dan ibadah. Kesempatan inilah yang ditunggu-tunggu untuk kita ziarah menziarahi dan memohon kemaafan kerana sebagai manusia kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan. SELAMAT MENYAMBUT AIDIL FITRI & MAAF ZAHIR DAN BATIN daripada saya serta seluruh warga SKBB2.

Majlis Khatam Al-Quran

Khamis, 17 Sept 2009
oleh M Shamsul Selamat

Program Khatam Al-Quran adalah satu aktiviti kemuncak di antara aktiviti-aktiviti yang telah diadakan di sepanjang bulan Ramadhan 1430H. Disamping itu ianya bertujuan menghargai kesungguhan murid-murid dan guru menghayati ibadah membaca Al-Quran. Majlis disempurnakan oleh Puan Guru Besar, Puan Hajjah Ngaedah bt Saleh. Ustaz jemputan merupakan Ustaz Helmy daripada SK Bukit Beruntung mengetuai Majlis Khatam Al-Quran ini. Turut sama menyemarakkan lagi majlis ialah YDP PIBG En Hussin.